Thursday, March 28, 2024
Home > Gaya Hidup & Kesehatan > Inilah 7 Khasiat Buah Kurma

Inilah 7 Khasiat Buah Kurma

Pohon kurma (daunbuah.com)

Pada bulan Ramadan, buah kurma menjadi salah satu pilihan untuk berbuka puasa. Kurma (phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya boleh dimakan baik ketika masih mentah dan setelah matang.

Kurma sudah lama diketahui mengandung berbagai khasiat dan kegunaan dan sebagian sudah terbukti secara medis.

Dalam kitab suci Al-Qur’an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya.

“Kemudian Kami tumbuhkan kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebagiannya kamu makan,“ termaktub dalam Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu,“ kata Rasulullah SAW

Dari sudut medis, disebutkan kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2.5%, serat 8.0% dan   kandungan gulanya sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya sangat sedikit, sekitar 0.4%.

Kurma juga terkenal dalam dunia pengobatan tradisional dan kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Ini tujuh khasiat buah kurma seperti dilansir dari detikislam.

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) kurma sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, sehingga buah kurma memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh. Buha ini berbeda dengan kebanyakan buah lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad.

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng.

2) Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut maupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat tinggi, tetapi tahukah Anda, dalam 100g  kurma terdapat 8 g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6 g serat saja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pencernaan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempo berpuasa. Tidak perlu membeli obat khusus sekiranya khawatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat bagus untuk kanak-kanak yang beranjak besar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggoyang pohon kurma sehingga buahnya gugur lantas memakannya tatkala lemah setelah bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,” surah Maryam, ayat 25.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hallo kawan, silahkan klik tombol Like / Follow untuk mendapatkan berita dan tulisan terbaru